I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 2 February 2012

Kisah Hati

31 January 2012

Detik di mana aku mula kenal erti sebuah hubungan “persahabatan” . Waktu ini dia sudah mulai berdengkur dan di saat itu juga air mata yang selama lebih 3 minggu ini aku cuba tahan akhirnya mengalir juga . Selepas dia memberitahu hal yang sebenar tentang permasalahan yang berpunca dari aku itu , aku mula mengerti apa itu kehidupan . Dalam kehidupan , kita tidak akan sentiasa berada di atas dan hidup dalam keadaan gembira , sesekali bila tiba masanya , detik tangis akan muncul juga dalam setiap kehidupan yang dinamakan insan .
Aku berusaha untuk cool dan aku berjaya !! aku defenisikan sbg berjaya sebab dia tak dapat membaca riak wajah aku . Itu bmaksud aku berjaya sorokkan segala kebimbangan tentang permasalahan ini dari nya . Syukur lah . . Sejujurnya , aku x mahu dia tahu yang aku sedang asyik bermain dengan emosi pabila memikirkan tentang masa depan hidup aku dan dia . Selama ini , dia banyak bersusah payah untuk keselesaan dan kebahagiaan aku , kali ini , di saat dia perlukan sokongan dan semangat dari aku , tak mungkin sekali-2 aku lunturkan .

Pepagi camni (0147am) aku masih tak mampu untuk memejamkan mata ku . Setibanya “kami” dari KL petang tadi , aku mukai terasa dada ku sebak . Entah kenapa aku merasakan yang dia akan pergi meninggalkan ku . Berkali-2 aku cuba menahan tangis ini dari mengalir , dan aku berjaya . Namun pada waktu ini , sedang dia lena dalam kehangatan malam , airmata ku gagal ku kawal . Aku memeluknya dari belakang untuk menghilangkan segala kerinduan ku namun semakin erat ku dakap nya , semakin berjurai airmata ku mengalir . Keadaan ini memaksa aku untuk aku meluahkan isi hati melalui penulisan alam maya ini . Hanya melalui ceritera ini sajalah aku mampu memujuk perasaan ku sendiri .
Tapi aku bertanya-2 , kenapa seminggu dua ini aku merasakan yang kami akan berpisah ??? Kenapa aku merasakan yang aku bakal kehilangan nya ??? Banyak lagy perkara yang perlu aku fikirkan . . Aku tak mahu hubungan dunia ini menjejaskan masa depan ku . . Namun aku juga tak bermaksud untuk melupakan dan memutuskan hubungan dengan nya kerana aku pasti , tanpa nya hidup aku bertambah gelita . . Hanya dia satu-2nya yang bertakhta dalam hidupku ini . .

Untuk pengetahuan anda-2 yang sudi membaca ceritera aku ni , dan juga untuk peringatan aku sendiri , tarikh untuk aku practical tak lame saje lagy tapi ape preparation yang aku da buad ??? Da cukup hebad dan bersediakah aku ??? Name tag tak tempeh lagy L Baju kurung sume da cukup ker L Hand bag ?? Sandal or heel ??? Akal da terisi ke ??? OMG !!! :-O Hurmmm K
Kerana masalah yang bercampur-2 ini lah yang membuatkan hidup aku bertambah tidak tenteram . Langsung tak happening selama sebulan dalam tahun 2012 ni . Kekadang rase cam tahun 2012 ni bwak malang dan suwey pada aku dan dye jerk . Phuiii ~ !!!

# Hopefully , jangan >,<”

Bea , seriously I sayang dan cintakan U sangat-2 . Walaupun bule dkatakan selama sebulan ni I berada dekat dengan U , I tetap merasakan yang I sedang merindui U . Kenape I merasekan yang sedemikian sayangg ?? :’’( Iloveyoudamnmuchbaby :-*
# Di saat aku tak pernah jemu mencintaimu , dugaan juga tidak pernah jemu mendatangi hidupku .
Andai Kau Bumi , Aku Lah Paksi Nya ~ 24012012 ~ 0900.pm
Hari ni selepas 3 hari aku menjejakkan kaki ke rumah kedua ibu bapa ku di Negeri Perak Darul Ridzuan ini , aku berpeluang untuk membawa nya bersiar-2 sekitar taman perumahan di kawasan rumahku . Walaupun sudah lewat malam baru kami keluar , ianya adalah detik yang aku kira gembira dan merupakan sebuah kenangan yang tercatat manis dalam hidupnya . Aku berpeluang mengajarnya memandu kereta memandangkan dia akan mengambil ujian untuk mendapatkan lesen tak lama lagy . Namun aku berasa agak terkilan kerana emosi aku ketika itu agak kurang stabil  disebabkan kerinduan yang memuncak padanya ditambah pula dengan keriuhan adik-2ku yang ada sama di dlm kereta tersebut . Aku terkasar bahasa dan cara layanan ku juga agak kasar ketika itu . Aku sangat-2 terkilan dengan diri ku sendiri , pasti dia merasakan yang aku sudah banyak berubah L Tidak sayanggggg . Cinta dan kasihku pada mu sedetik pun tak kan berubah sayanggg !!! PERCAYALAH PADAKU ~ !!!
Sungguhhhhhhh , aku rindu diaa :”( Bagaimanakah cara nya untuk aku memberitahunya ??? Bagaimanakah cara untuk aku mengawal rasa rindu ini demi kejayaan ku di practical kelakk ??? Sayangg , aku di beritahu oleh mu bahawa kau akan bertukar tempat kerja dan sengaja mahu menukar kawasan kerja semata-2 mahu mengotakan janji mu untuk hidup dekat dengan ku memandangkan selama ini cinta kita bole dikategorikan sbg cinta jarak jauh , tapi kami COOL ;D

# I repeat again ; Ipoh – Kuala Lumpur J

Pada mulanya ia langsung tak bawa masalah pada hubungan kami . Aku dan dia mampu menjalani kehidupan seperti biasa , namun selepas kami ‘’berkahwin’’ , aku suda tidak mampu berpisah dan berjauhan lagy darinya . Namun , berita itu agak merunsingkan fikiran ku walau dalam pada masa yang sama hati ku berbunga bahagia dengan perkhabaran itu . Thx baby , ilysm :*
Aku . . . aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhh :’(

Maafkan ayang baby . . Ayang tade duit utk beri bea kemewahan , utk beri ape yg bea mahukan , utk penuhi ape saje yang bea idamkan . Aritu bea nak pegy karaoke , ayg larang :’( Bea tau kenape ayg larang ??? Ayg larang sbb ayg xnak bea boros pade perkara yang x sepatutnye . Bkn ayg nak sekat keinginan bea tapi kite kene bijak baby . Ayg nak bea gunekan duit pade benda yg penting dan sepatutnye .
Lagy satu :’( yang membuatkan ayg selalu mengalirkan air mata dalam diam-2 adalah semasa bea teringin nak makan char koew tiaw mase kite lalu tym kite nak balik utk tengok AJL 2011 semalam (30/01/2012) Atas moto lagy ayg da mengalir air mate mengenangkan ayg tak mampu nak belikan bea ape yg bea teringin tu . Buat kali kedua , ayg minta maaf bea :’( Sepanjang [erjalanan ayg diamkan diri , bea tanye ape pon ayg x jwb , bea perasan kan ?

Dan untuk yang ketiga kalinya ayg berase yang hidup ayg tak gune , adlh apabila bea teringin dan bea ade cakap “ hurmmmmm , sedapnye bau KFC . Lame x makan “ . . Ya Allah , tym tu ayg rase ayg lah kapel yang paling x berperasaan apabila ayg dengan slumber nye buat-2 x dgr dan meneruskan perjalanan ke pasar malam . Sesampainye di pasar malam , bea ade tanye ayg , “sayang nak ape ?” Ayg diamkan aje smp la di di 3 buah gerai ni . Gerai pertame menjual chicken chop . Ayg yg teringin mkn bende ntah pape 2 dgn slumber nye mintak bea belikan . Harga RM 5.50 . Sampai di gerai kedua , ayg brenti sbb ade terbau ayam berempah . Bea tanye , nak x ? Ayg cakap “ nak , sedap baunye “ . Harga RM 5.00 . Di gerai no.3 yg kite berenti , ade jual nugget ayam , bende tu leper je , tepung yg disalut tu aje tebal , bea suh beli satu , tapi maybe sb tau ayg suke ayam , bea hulur duit suh beli dua , harga RM 1.00 satu , so 2 = RM 2.00 .
Astagaa . . . apa yang telah aku lakukan ni ??!! Dia menginginkan char koew tiaw yang sudah lama dia idamkan yang berharga dalam lingkungan RM 4 / 5 , aku berkira-kira , tapi diaaaaa ??? :”(
KFC yg selama ini menjadi rutin makanan harian ku , ( si dia sediakan ) kini dia sendiri mengidamkan , aku gagal penuhi . Ya Allah , kenapa aku tergamak membiarkan dia sedemikian ??? Berapa sangat lah harga makanan-2 itu jika dibandingkan dengan kasih sayang nya .

Tadi , sebelum bus menuju ke Ipoh bergerak , aku ke toilet . Dia aku x benarkan masuk ke toilet kerana aku minta nya jagakan barang-2 . Selepas aku keluar , aku katakan padanya yang toilet xde air . Memang itu kenyataan nya tapi tidak salah andai aku temani nya ke toilet yang lain , namun aku tidak melakukan demikian . Aku terus mengajak nya ke tingkat atas untuk membeli tiket . Semasa hendak menuju ke arah bus , aku ada tanya kan sama ada dia mahu ke toilet melepaskan hajatnya atau tidak , namun dia gelengkan . Semasa di dalam bus , dia gembira dan berselera benar kerana dapat menikmati buah nenas dan asam boi . Katanya , dengan aku saja dia dapat nikmati buah ini kerana ibunya tidak membenarkan nya kerana perutnya yang sensitive . Aku mula khuatir , risau-2 dia menderita kesakitan kerana keizinanku itu .
Sepanjang perjalanan aku terlena . Aku merasakan yang dia sentiasa mengalaskan lengan nya untuk memberikan keselesaan kpd aku yg sedang lena sedangkan dia terpaksa berjaga walaupun dia sendiri sedang mengantuk . Aku mengetahui nya kerana ada ketika nya aku terjaga , aku lihat dia tersengguk-2 dikepala ku menahan mengantuk . Ya Allah , besarnya kasih sayang nya pada aku :’( Pabila kepala ku mengikut gerak bus , dia dengan lembut menarik semula aku kepangkuannya . Sikapnya mencairkan hati ku . Di saat aku mulai terjaga dari lena , bus berhenti di Petronas . Dia mahu meregangkan badan namun aku yg berada berhampirannya terkena siku nya . Aku mengeluh dan memarahi nya . Dia berulangkali meminta maaf padaku di atas ketidaksengajaan nya . Zalim nya aku !!! Sedangkan dia , sengal-2 kaki dan tangan semata-2 mahukan aku dapat tidur dengan selesa . Dia utarakan niatnya mahu ke toilet selepas 3 jam perjalanaan menahan niat untuk melepaskan hajat , namun aku larang kerna khuatir bus akan mula bergerak . Namun bila ku fikir-2 , aku menyuruhnya pergi supaya setibanya di Hentian Medan Gopeng kelak , aku tak perlu mengeluarkan duit utk nya ke toilet lagy . Dia merenungku . Dia bersuara , “ Sayang , jangan la kedekut ngan bea . 30sen je , kat Pudu tadi pun x bagi bea gi toilet , Mdn Gopeng kang pun x bagi , sampai hati sayang . 30 sen pun berkire ngan bea . Ya Allah !!! Aku terpukul dengan kata-2nya itu . Aku menyesal kerana melayannya sebegitu rupa . Ya Allah , bantulah aku mengubah perangai , tingkah laku dan sikap ku ini .
Baby !!!!!

Maafkan ayang baby !!!!!

Aku menangis spt aku melakukan satu dosa besar . Ya , memang dosa besar . Aku terlalu berkira dengan insan yang mula yang tak pernah berkira harta benda dengan ku !!!
Kenapa aku jadi begini ??!!!

Ianya kerana aku “TAKUT” untuk hidup dalam kemiskinan dan kesempitan wang . Yang aku pentingkan wang , bukan kebahagiaan . Patutlah dia langsung tak kisah duit simpanan nya semakin kekurangan , rupa-2nya yang dia utamakan adalah kebahagiaan ; kebahagiaan aku . Padan lah dia selalu risau andai dia tak mampu bwa aku pergi berhibur , makan makanan kegemaran ku yg sedap2 , tgk wayang , rupa-2nya dia awal-2 lagy seakan-2 sudah tahu dan dapat membaca sikapku yg akan berubah dan mudah melatah apabila kesempitan hidup begini .

Sayangku , kini baru ku tahu erti sebenar CINTA DAN KASIH SAYANG . Cinta dan kasih sayang yang sebenar telah mengajarku erti susah dan senang bersama , pahit dan manis hadapi berdua demi menuju kebahagiaan yang selamanya . Kini baru ku sedar kasih sayang mu yang menggunung pada ku yang dulu aku selalu pertikaikan . Aku berjanji , selepas ini kita akan hadapi susah senang , suka duka , pahit manis kehidupan bersama . Takkan ku biarkan kau keseorangan walau apa dugaan , halangan atau cubaan yang mendatang , akan ku gagahi demi kasih sayang ku pada mu .

Kini aku hanya khuatir dan runsingkan tentang masa depan kau dan practical aku yg juga menentukan masa depan aku . Buat masa ini , hanya 2 perkara ini yg asyik menggangu fikiran dan emosi ku .
Aku tak sanggup melihat kau ketiadaan duit sementara kau mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kau . Aku juga tak sanggup untuk melihat kau bekerja siang malam demi ingin hidup disamping ku . Aku risau tentang kesihatan dan keselamatan kau sepanjang kau berada dengan aku kerna aku tak sanggup membiarkan kau merajuk di saat kau menginginkan sesuatu yang family kau larang . Waktu kerja kau , pergi dan balik kau , duit belanja kau , makan minum kau , keselesaan kau , teman-2 baru kau , bos baru kau , persekitaran kau . . Yeah !!! Semua itu yang aku sedang fikirkan sekarang sayangg . Selama ini , perkara itu lah yang aku runsingkan dan perlu fikirkan . Andai aku gagal memenuhi dan menjaga semua kepentingan dan keperluan kau ini , aku akan merasakan yang aku gagal dan tak layak untuk kau sayangi . Wahai kekasihku , aku mahukan hidup kau sempurna , selesa dan kau bahagia , namun mampukah aku untuk mengecapi semua ‘’hadiah terindah” untuk mu itu ?? Kau sendiri tahu yang aku hanya lah insan yang tak punya apa-2 , dari segi wang ringgit mahupun harta benda , jady mampukah aku sayanggggggg :’(( Air mataku mengalir lagy tika aku mengenangkan yang keinginan aku untuk melihat kau hidup bahagia dan sempurna hanya impian dan fantasi ku saja memandangkan aku hanya seorang pelajar di saat ini .

Sayangku . . .

Tunggulah kejayaan ku dalam membahagiakan mu . Ini janji aku sayang . Aku akan berusaha kuat utk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan . Tak lame lagy baby , sabar ye . Akan ku menjadikan impian ku ini reality demi kebahagiaan dan kegembiraan mu disampingku . Hanya untuk mu KeQasehKu :’))

No comments:

Post a Comment