I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 29 November 2011

‎❤ Aku Dan Cinta ❤


‎*❤* *❤* *❤* *❤* *❤* *❤* *❤* *❤

  


‎*❤* *❤* *❤* *❤* *❤* *❤* *❤* *❤
 


Mata dah mengantuk, tapi masih ada kerja yang perlu aku siapkan. dah dua hari tertangguh, ada saja masalah yang timbul. kalau bukan sebab serabut kepala memikirkan masalah yang tak pernah bernokhtah, banyak juga masa yang terbuang kerana aku melayang dengkuran. kepala yang semak dengan bermacam-macam perkara dapat juga hilang sakitnya dengan melayan tidur.

Dalam keadaan mata kuyu walaupun selepas menguap panjang, telefon di sebelah berbunyi. Terpapar nama 'my Love' di skrin telefon bimbit itu. Aku segera menyambut panggilan. Hati berbunga riang walau rasa mengantok telah menguasai segala urat saraf dalam tubuhku ini.

"Hello." suara di hujung talian menjawab. Aku senyum senang. Suara lunak manja itu begitu mendamaikan, gemersik bunyinya di pendengaranku.

"i love u sayang," kata suara itu. suara milik chentaku.
Aku ketawa. Suara lunak itu juga turut tertawa. Kami berbual hingga tak sedar masa berlalu pantas. Akhirnya talian terpaksa diputuskan kerana masa mencemburui kemesraan aku dan chenta. kalau lah bisa aku carikan doremon dalam kisah cintaku yang satu ini, walau ke kutub utara pun aku sanggup mengheret si kucing berwarna biru itu untuk meminta pertolongan biarlah aku ada alat untuk menentukan masa. kalau doremon wujud hanya 1 yang aku minta , " Pintu Suka Hati !! " Mudah untuk aku dengan dia berasmara tanpa kerumitan yang melanda sekarang. alangkah bahagia. Alangkah gembiranya . Aku pasti dia juga berperasaan yang sama. Terngiang-ngiang suara chenta tadi. Dengan gelak tawa manja dia bercerita. Pagi ini banyak celotehnya. lebih dari hari-hari sebelumnya.

"i gila kan u sayang," chenta merengek. Aku hanya tertawa.
"kenapa u ketawa? i kata i gila kan u, boleh pulak u ketawa?" chenta sudah separuh menjerit. Dia geram agaknya dengan respon yang aku berikan."i tak gila kan u," sengaja aku mengumpan rajuknya. Aku senang dengan kemanjaannya."apa? ooo so i aje lah yang gila kan u ye," chenta benar-benar kecil hati. Aku menguntum senyum lagi.

"i takut nak jadi gila, takut u tinggalkan i bila u dah bosan nanti,"terangku. Chenta diam. Aku tahu rajuknya masih tersisa. Kemudian dia menyambung."i takkan bosan dengan u sayang."

"macam mana u boleh yakin?" sengaja aku memancing chenta lagi. Tapi kemudian dia ketawa kecil.
"i takkan bosan dengan u sebab.." suara lunak itu terhenti. ingin saja aku meraung. Mahu saja aku paksa dia menyambung bicara. Tapi kesabaran kunci utama. Bukan mudah untuk kita memberitahu rahsia hati walau dengan org yang dicintai. Aku menunggu sabar.

"i takkan bosan dengan u sebabnya..u idaman i," jawab chenta yakin.
"idaman?" . . "kan i dah bagitau..u tinggi , u funny," kata chenta kemudiannya. Aku senyum lebar. Masakan aku tak kembang bila dipuji begitu. "lagi?" tanyaku."u suap kan i makan. u jaga i . tak ada orang pernah layan i macam tue ''jawap chenta ku agak terkejut. Tak sangka soal remeh pada ku adalah sangat penting dalam hidupnya. Aku terharu. Ingin saja aku gunakan " pintu suka hati " tadi untuk menemui chenta ku ini. Akan ku peluk erat dalam dakapan ku. ada lagi? chenta kata tidak. Tapi aku tahu masih ada yang disembunyikan.
"U pula?" chenta bertanya. Aku berfikir sejenak. Sengaja membuat dia berfikir tiada yang istimewa. Aku suka dia merajuk walaupun kadangkala susah untuk ku memujuknya.
"i tak akan bosan dan tinggalkan u sebab u pandai ," jawabku ringkas. "itu aje? "chenta bertanya lagi.
"i nak sepuluh sebab."chenta menjawab.

:
:
:
:

"dalam 1 sebab itu je ada sebab yang lain," aku cuba menyenangkan rasa ingin tahu chenta.

Hurmmmmm , dia mengeluh tanda masih tidak berpuas hati dengan jawapan ku . .

Mungkin hingga kini masih menjadi tanda tanya dalam fikiran nya . .

By : Qaseh Manja

No comments:

Post a Comment