I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 2 October 2012

Inilah Fakta Nya Sayang





  1. Saya tak bagus dalam ENGLISH
    Tapi saya bole cakap kat awak , I LOVE YOU ♥
    Saya tak bagus dalam GEOGRAFI
    Tapi saya boleh tahu awak tinggal dalam HATI saya
    Saya tak bagus dalam SEJARAH
    Tapi saya MASIH INGAT bila dan dimana kita jumpa buat pertama kalinya :)
    Saya tak bagus dalam KIMIA
    Tapi saya boleh bagitau TINDAK BALAS saya bila awak senyum
    Saya TIDAK HEBAT dalam tiap2 subjek
    Tapi saya boleh bagitahu awak yang saya hebat dalam semua SUBJEK
    Jika TOPIC dan setiap BAB nye mengisahkan tentang AWAK :')





Thursday 2 February 2012

Kisah Hati

31 January 2012

Detik di mana aku mula kenal erti sebuah hubungan “persahabatan” . Waktu ini dia sudah mulai berdengkur dan di saat itu juga air mata yang selama lebih 3 minggu ini aku cuba tahan akhirnya mengalir juga . Selepas dia memberitahu hal yang sebenar tentang permasalahan yang berpunca dari aku itu , aku mula mengerti apa itu kehidupan . Dalam kehidupan , kita tidak akan sentiasa berada di atas dan hidup dalam keadaan gembira , sesekali bila tiba masanya , detik tangis akan muncul juga dalam setiap kehidupan yang dinamakan insan .
Aku berusaha untuk cool dan aku berjaya !! aku defenisikan sbg berjaya sebab dia tak dapat membaca riak wajah aku . Itu bmaksud aku berjaya sorokkan segala kebimbangan tentang permasalahan ini dari nya . Syukur lah . . Sejujurnya , aku x mahu dia tahu yang aku sedang asyik bermain dengan emosi pabila memikirkan tentang masa depan hidup aku dan dia . Selama ini , dia banyak bersusah payah untuk keselesaan dan kebahagiaan aku , kali ini , di saat dia perlukan sokongan dan semangat dari aku , tak mungkin sekali-2 aku lunturkan .

Pepagi camni (0147am) aku masih tak mampu untuk memejamkan mata ku . Setibanya “kami” dari KL petang tadi , aku mukai terasa dada ku sebak . Entah kenapa aku merasakan yang dia akan pergi meninggalkan ku . Berkali-2 aku cuba menahan tangis ini dari mengalir , dan aku berjaya . Namun pada waktu ini , sedang dia lena dalam kehangatan malam , airmata ku gagal ku kawal . Aku memeluknya dari belakang untuk menghilangkan segala kerinduan ku namun semakin erat ku dakap nya , semakin berjurai airmata ku mengalir . Keadaan ini memaksa aku untuk aku meluahkan isi hati melalui penulisan alam maya ini . Hanya melalui ceritera ini sajalah aku mampu memujuk perasaan ku sendiri .
Tapi aku bertanya-2 , kenapa seminggu dua ini aku merasakan yang kami akan berpisah ??? Kenapa aku merasakan yang aku bakal kehilangan nya ??? Banyak lagy perkara yang perlu aku fikirkan . . Aku tak mahu hubungan dunia ini menjejaskan masa depan ku . . Namun aku juga tak bermaksud untuk melupakan dan memutuskan hubungan dengan nya kerana aku pasti , tanpa nya hidup aku bertambah gelita . . Hanya dia satu-2nya yang bertakhta dalam hidupku ini . .

Untuk pengetahuan anda-2 yang sudi membaca ceritera aku ni , dan juga untuk peringatan aku sendiri , tarikh untuk aku practical tak lame saje lagy tapi ape preparation yang aku da buad ??? Da cukup hebad dan bersediakah aku ??? Name tag tak tempeh lagy L Baju kurung sume da cukup ker L Hand bag ?? Sandal or heel ??? Akal da terisi ke ??? OMG !!! :-O Hurmmm K
Kerana masalah yang bercampur-2 ini lah yang membuatkan hidup aku bertambah tidak tenteram . Langsung tak happening selama sebulan dalam tahun 2012 ni . Kekadang rase cam tahun 2012 ni bwak malang dan suwey pada aku dan dye jerk . Phuiii ~ !!!

# Hopefully , jangan >,<”

Bea , seriously I sayang dan cintakan U sangat-2 . Walaupun bule dkatakan selama sebulan ni I berada dekat dengan U , I tetap merasakan yang I sedang merindui U . Kenape I merasekan yang sedemikian sayangg ?? :’’( Iloveyoudamnmuchbaby :-*
# Di saat aku tak pernah jemu mencintaimu , dugaan juga tidak pernah jemu mendatangi hidupku .
Andai Kau Bumi , Aku Lah Paksi Nya ~ 24012012 ~ 0900.pm
Hari ni selepas 3 hari aku menjejakkan kaki ke rumah kedua ibu bapa ku di Negeri Perak Darul Ridzuan ini , aku berpeluang untuk membawa nya bersiar-2 sekitar taman perumahan di kawasan rumahku . Walaupun sudah lewat malam baru kami keluar , ianya adalah detik yang aku kira gembira dan merupakan sebuah kenangan yang tercatat manis dalam hidupnya . Aku berpeluang mengajarnya memandu kereta memandangkan dia akan mengambil ujian untuk mendapatkan lesen tak lama lagy . Namun aku berasa agak terkilan kerana emosi aku ketika itu agak kurang stabil  disebabkan kerinduan yang memuncak padanya ditambah pula dengan keriuhan adik-2ku yang ada sama di dlm kereta tersebut . Aku terkasar bahasa dan cara layanan ku juga agak kasar ketika itu . Aku sangat-2 terkilan dengan diri ku sendiri , pasti dia merasakan yang aku sudah banyak berubah L Tidak sayanggggg . Cinta dan kasihku pada mu sedetik pun tak kan berubah sayanggg !!! PERCAYALAH PADAKU ~ !!!
Sungguhhhhhhh , aku rindu diaa :”( Bagaimanakah cara nya untuk aku memberitahunya ??? Bagaimanakah cara untuk aku mengawal rasa rindu ini demi kejayaan ku di practical kelakk ??? Sayangg , aku di beritahu oleh mu bahawa kau akan bertukar tempat kerja dan sengaja mahu menukar kawasan kerja semata-2 mahu mengotakan janji mu untuk hidup dekat dengan ku memandangkan selama ini cinta kita bole dikategorikan sbg cinta jarak jauh , tapi kami COOL ;D

# I repeat again ; Ipoh – Kuala Lumpur J

Pada mulanya ia langsung tak bawa masalah pada hubungan kami . Aku dan dia mampu menjalani kehidupan seperti biasa , namun selepas kami ‘’berkahwin’’ , aku suda tidak mampu berpisah dan berjauhan lagy darinya . Namun , berita itu agak merunsingkan fikiran ku walau dalam pada masa yang sama hati ku berbunga bahagia dengan perkhabaran itu . Thx baby , ilysm :*
Aku . . . aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhh :’(

Maafkan ayang baby . . Ayang tade duit utk beri bea kemewahan , utk beri ape yg bea mahukan , utk penuhi ape saje yang bea idamkan . Aritu bea nak pegy karaoke , ayg larang :’( Bea tau kenape ayg larang ??? Ayg larang sbb ayg xnak bea boros pade perkara yang x sepatutnye . Bkn ayg nak sekat keinginan bea tapi kite kene bijak baby . Ayg nak bea gunekan duit pade benda yg penting dan sepatutnye .
Lagy satu :’( yang membuatkan ayg selalu mengalirkan air mata dalam diam-2 adalah semasa bea teringin nak makan char koew tiaw mase kite lalu tym kite nak balik utk tengok AJL 2011 semalam (30/01/2012) Atas moto lagy ayg da mengalir air mate mengenangkan ayg tak mampu nak belikan bea ape yg bea teringin tu . Buat kali kedua , ayg minta maaf bea :’( Sepanjang [erjalanan ayg diamkan diri , bea tanye ape pon ayg x jwb , bea perasan kan ?

Dan untuk yang ketiga kalinya ayg berase yang hidup ayg tak gune , adlh apabila bea teringin dan bea ade cakap “ hurmmmmm , sedapnye bau KFC . Lame x makan “ . . Ya Allah , tym tu ayg rase ayg lah kapel yang paling x berperasaan apabila ayg dengan slumber nye buat-2 x dgr dan meneruskan perjalanan ke pasar malam . Sesampainye di pasar malam , bea ade tanye ayg , “sayang nak ape ?” Ayg diamkan aje smp la di di 3 buah gerai ni . Gerai pertame menjual chicken chop . Ayg yg teringin mkn bende ntah pape 2 dgn slumber nye mintak bea belikan . Harga RM 5.50 . Sampai di gerai kedua , ayg brenti sbb ade terbau ayam berempah . Bea tanye , nak x ? Ayg cakap “ nak , sedap baunye “ . Harga RM 5.00 . Di gerai no.3 yg kite berenti , ade jual nugget ayam , bende tu leper je , tepung yg disalut tu aje tebal , bea suh beli satu , tapi maybe sb tau ayg suke ayam , bea hulur duit suh beli dua , harga RM 1.00 satu , so 2 = RM 2.00 .
Astagaa . . . apa yang telah aku lakukan ni ??!! Dia menginginkan char koew tiaw yang sudah lama dia idamkan yang berharga dalam lingkungan RM 4 / 5 , aku berkira-kira , tapi diaaaaa ??? :”(
KFC yg selama ini menjadi rutin makanan harian ku , ( si dia sediakan ) kini dia sendiri mengidamkan , aku gagal penuhi . Ya Allah , kenapa aku tergamak membiarkan dia sedemikian ??? Berapa sangat lah harga makanan-2 itu jika dibandingkan dengan kasih sayang nya .

Tadi , sebelum bus menuju ke Ipoh bergerak , aku ke toilet . Dia aku x benarkan masuk ke toilet kerana aku minta nya jagakan barang-2 . Selepas aku keluar , aku katakan padanya yang toilet xde air . Memang itu kenyataan nya tapi tidak salah andai aku temani nya ke toilet yang lain , namun aku tidak melakukan demikian . Aku terus mengajak nya ke tingkat atas untuk membeli tiket . Semasa hendak menuju ke arah bus , aku ada tanya kan sama ada dia mahu ke toilet melepaskan hajatnya atau tidak , namun dia gelengkan . Semasa di dalam bus , dia gembira dan berselera benar kerana dapat menikmati buah nenas dan asam boi . Katanya , dengan aku saja dia dapat nikmati buah ini kerana ibunya tidak membenarkan nya kerana perutnya yang sensitive . Aku mula khuatir , risau-2 dia menderita kesakitan kerana keizinanku itu .
Sepanjang perjalanan aku terlena . Aku merasakan yang dia sentiasa mengalaskan lengan nya untuk memberikan keselesaan kpd aku yg sedang lena sedangkan dia terpaksa berjaga walaupun dia sendiri sedang mengantuk . Aku mengetahui nya kerana ada ketika nya aku terjaga , aku lihat dia tersengguk-2 dikepala ku menahan mengantuk . Ya Allah , besarnya kasih sayang nya pada aku :’( Pabila kepala ku mengikut gerak bus , dia dengan lembut menarik semula aku kepangkuannya . Sikapnya mencairkan hati ku . Di saat aku mulai terjaga dari lena , bus berhenti di Petronas . Dia mahu meregangkan badan namun aku yg berada berhampirannya terkena siku nya . Aku mengeluh dan memarahi nya . Dia berulangkali meminta maaf padaku di atas ketidaksengajaan nya . Zalim nya aku !!! Sedangkan dia , sengal-2 kaki dan tangan semata-2 mahukan aku dapat tidur dengan selesa . Dia utarakan niatnya mahu ke toilet selepas 3 jam perjalanaan menahan niat untuk melepaskan hajat , namun aku larang kerna khuatir bus akan mula bergerak . Namun bila ku fikir-2 , aku menyuruhnya pergi supaya setibanya di Hentian Medan Gopeng kelak , aku tak perlu mengeluarkan duit utk nya ke toilet lagy . Dia merenungku . Dia bersuara , “ Sayang , jangan la kedekut ngan bea . 30sen je , kat Pudu tadi pun x bagi bea gi toilet , Mdn Gopeng kang pun x bagi , sampai hati sayang . 30 sen pun berkire ngan bea . Ya Allah !!! Aku terpukul dengan kata-2nya itu . Aku menyesal kerana melayannya sebegitu rupa . Ya Allah , bantulah aku mengubah perangai , tingkah laku dan sikap ku ini .
Baby !!!!!

Maafkan ayang baby !!!!!

Aku menangis spt aku melakukan satu dosa besar . Ya , memang dosa besar . Aku terlalu berkira dengan insan yang mula yang tak pernah berkira harta benda dengan ku !!!
Kenapa aku jadi begini ??!!!

Ianya kerana aku “TAKUT” untuk hidup dalam kemiskinan dan kesempitan wang . Yang aku pentingkan wang , bukan kebahagiaan . Patutlah dia langsung tak kisah duit simpanan nya semakin kekurangan , rupa-2nya yang dia utamakan adalah kebahagiaan ; kebahagiaan aku . Padan lah dia selalu risau andai dia tak mampu bwa aku pergi berhibur , makan makanan kegemaran ku yg sedap2 , tgk wayang , rupa-2nya dia awal-2 lagy seakan-2 sudah tahu dan dapat membaca sikapku yg akan berubah dan mudah melatah apabila kesempitan hidup begini .

Sayangku , kini baru ku tahu erti sebenar CINTA DAN KASIH SAYANG . Cinta dan kasih sayang yang sebenar telah mengajarku erti susah dan senang bersama , pahit dan manis hadapi berdua demi menuju kebahagiaan yang selamanya . Kini baru ku sedar kasih sayang mu yang menggunung pada ku yang dulu aku selalu pertikaikan . Aku berjanji , selepas ini kita akan hadapi susah senang , suka duka , pahit manis kehidupan bersama . Takkan ku biarkan kau keseorangan walau apa dugaan , halangan atau cubaan yang mendatang , akan ku gagahi demi kasih sayang ku pada mu .

Kini aku hanya khuatir dan runsingkan tentang masa depan kau dan practical aku yg juga menentukan masa depan aku . Buat masa ini , hanya 2 perkara ini yg asyik menggangu fikiran dan emosi ku .
Aku tak sanggup melihat kau ketiadaan duit sementara kau mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kau . Aku juga tak sanggup untuk melihat kau bekerja siang malam demi ingin hidup disamping ku . Aku risau tentang kesihatan dan keselamatan kau sepanjang kau berada dengan aku kerna aku tak sanggup membiarkan kau merajuk di saat kau menginginkan sesuatu yang family kau larang . Waktu kerja kau , pergi dan balik kau , duit belanja kau , makan minum kau , keselesaan kau , teman-2 baru kau , bos baru kau , persekitaran kau . . Yeah !!! Semua itu yang aku sedang fikirkan sekarang sayangg . Selama ini , perkara itu lah yang aku runsingkan dan perlu fikirkan . Andai aku gagal memenuhi dan menjaga semua kepentingan dan keperluan kau ini , aku akan merasakan yang aku gagal dan tak layak untuk kau sayangi . Wahai kekasihku , aku mahukan hidup kau sempurna , selesa dan kau bahagia , namun mampukah aku untuk mengecapi semua ‘’hadiah terindah” untuk mu itu ?? Kau sendiri tahu yang aku hanya lah insan yang tak punya apa-2 , dari segi wang ringgit mahupun harta benda , jady mampukah aku sayanggggggg :’(( Air mataku mengalir lagy tika aku mengenangkan yang keinginan aku untuk melihat kau hidup bahagia dan sempurna hanya impian dan fantasi ku saja memandangkan aku hanya seorang pelajar di saat ini .

Sayangku . . .

Tunggulah kejayaan ku dalam membahagiakan mu . Ini janji aku sayang . Aku akan berusaha kuat utk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan . Tak lame lagy baby , sabar ye . Akan ku menjadikan impian ku ini reality demi kebahagiaan dan kegembiraan mu disampingku . Hanya untuk mu KeQasehKu :’))

Wednesday 18 January 2012

Bangga nya aku ~ !! Ahakz ;D


Nak tau kenape aku bangga ??

 HAHAHAHAHAHAHAHA
#aku tengah gelak guling2 kebanggaan neh . keh3

Semuanye sebab aku terbace dlm 1 blog ni . . Aku tersenarai dalam blog ni kodd . . Di spesifikasikan sbg blog yang SUPERB lagy . Waaaa ~ bangge nye . Wuhahaaa :DD


Walau bukan yang terbaik , tak ramai follower , traffic slow , tapi blog aku tetap superb hokeyh !!
Heehe :DD

Opsss ~ jap2 , mesti lu org pk aku belagak kan ??
Salah tuh andaian korang . . Aku bukan blagak tapi tak sangke kod :D Heehe >,< Malu , Auwww ~ :D

Wauwaawaaaaaa :'( Aku terharu . .
Kihkihkih :D

| Erna Lestory |

Berita Baru ~ Practical

Semalam baru aku dapat berita baru sal practical aku . .

Damn !!!
Jadah tol . . Ritu aku dapat tau , aku start practical 30hb Jan 2012 , tapi bile aku bace post member aku kat Fuckbook Facebook semalam , dye kate start practical 6hb Feb 2012 . Haihhh ~ >,<"

Gggrrrr . . .
Aku bkn tak suke ianya dilambatkan tapi yg aku bengang asal tukar-2 ?? Sial la , phuii ~ !!
Tapi elok jugak , leh la aku berehat puas-2 sebelum pulun berhempas pulas cari client time aku practical nanti . Cuak !! Risau x dpt biasekan diri , al maklumlah , first tym kodd :|| Hurmmm ~

** Esok aku nak balik Ipoh dah , sedih !!! :(

Huwaaaaaaa , sob sobb sob :''(

# Aku tengah nangis nii . .

Malam yang Sepi

sayang..jangan pergi~
hujan di luar masih renyai, membasahi aspal hitam jalan raya, menerbitkan percikan air setiap kali tayar kenderaan melaluinya.
cinta hati aku masih lagi tetap berdiam diri. cahaya di matanya sudah pudar dan semakin hilang. setiap kali dia menoleh memandangku, panahan matanya kosong tidak seperti selalu. biasanya mata itu akan penuh dengan rasa kasih dan cinta. setiap kali dia merenung, aku jadi semakin yakin cintanya semakin mekar, semekar kasihku padanya.
aku juga turut berdiam. segalanya yang ku fikirkan hanya berlegar-legar di ruang minda yang semakin sempit. lelah kurasakan. dengan keadaan yang semakin mendesak, dengan tekanan dari segenap penjuru, aku takut cinta ini akan tersembam di atas lopak kemarahan dan kebencian.
sakit..
pastinya aku dan dia akan berasa sakit. aku berengsot sedikit ke kanan, mendekatkan tubuhku ke tubuhnya yang masih kaku merenung siling bilik. entah apa yang dia fikirkan.
"hurmm."
dia mengeluh. perkataan pertama yang keluar dari bibirnya sejak 30 minit yang lalu. itu pun kalau ia boleh dianggap sebagai satu perkataan. mungkin hanya keluhan yang dia sendiri tidak sedar akan keluar dari mulutnya.
peliknya, aku turut kelu untuk menuturkan sebarang ayat. masih lagi hati ini bersoal jawab dengan semua kejadian yang telah berlaku. berlawanan pula dengan apa kehendak hati.
aku tak mahu dia pergi. kenapa mesti hatinya terdetik untuk keluar dari hidupku ini?sudah hilangkah rasa cinta di hati? sudah lupakah pada janji yang disemai sejak awal pertemuan dahulu? atau dia kecewa kerana aku yang melanggar janji?
perlukah pada saat-saat sebegini, aku tetap dengan kedegilan untuk memenangkan prinsip sendiri dan menyalahkan keadaan perlukah aku menyalahkan diri sendiri supaya segalanya menjadi mudah. betul ke akan bertambah mudah? atau akan menjadi semakin kusut dek rasa tidak puas hati.
akhirnya..aku sedar sesuatu. tidak kira siapapun yang betul, baik aku atau dia yang salah hanya satu sahaja yang aku tahu. hanya satu yang aku pasti. hanya satu yang tidak ada sesiapa pun dapat menyangkal. yang satu itu adalah aku menyintainya. Erna Erazzat' 

By- Qaseh Manja

‎*❤* * baby ouh sayang * *❤*

marah bukan kebencian tapi tanda sayang..

kalau bea cari gaduh lagi dengan syg.. syg marah je bea.. syg ngamuk2 la ngan bea ni.. kalau bea marah syg balik.. syg cakap je macam ni "malas syg nak layan bea ni la.. bea yang suruh syg marah bea bila bea carik 
pasal.. sekarang sukati bea lah, cakap x serupa bikin la
 hurmm.. 

tapi takut gak la..takut bea tgh gila, entah apa yang x kena.. makin teruk la kita gaduh kalau syg cakap macam ni dengan bea ..kan? iskk2..xleh guna idea tu..
tapi tu kalau bea yang cari gaduh.. biasanya bea mana ade cari gaduh dengan syg .. syg pun x suka cari gaduh ngan bea ..cuma agaknya kita ni gedik..dah elok2 harmoni je..xde perang xde sakit pale nak memujuk ke merayu ke atau xde sakit pale nak marah2..kita nak jugak keadaan macam tu melanda.. 
                                                            
       Pelik la ngan kita ni..


gaduh teruk la macam mana pun.. kejap aje.. nak gaduh sampai 2-3 jam memang tak dapat la.. walaupun salah sorang gedik nak panjangkan bergaduh.. biasanya bea la kan yang gedik tu.. si gedik yang asyik la membebel tak nak benti.. mana la syg x hangin kan??

    ish ishh ishh..
teruk la bea ni..tapi syg pun satu.. syg kan comel.. gunakanlah kelembutan syg tu untuk lembutkan hati bea.. ini bila bea ngamuk..syg pun nak ngamuk waktu tue..

 haihhh..


tak faham la ngan kita ni..tak berapa nak faham ngan diri sendiri bila melibatkan syg..
kalau pasal syg je bea jadi bengong.. sangat kuat la cemburu bea ni sekarang..                                          tak hengat2 dah..bea pun naik pening nak pujuk hati sendiri.. sebab cemburu pun sorang2..
                                      
syg bukan tau bea jeles.. syg ingat bea ni maintain batu agaknya.. huhuhu...
bea dah jadi macam super ring la.. semua sebab syg kamu sgt2
tolong la faham.. kite syg kamu gila2.. kita jangan la gaduh lagi.. tak sanggup la hidup syg takde kat sebelah.. xde dengan bea ..xde langsung kongsi hidup dengan bea .. kongsi citer..
jadi please la syg ye.. kita jangan gaduh lagi..
sakitnya pale ni bea rasa..
jangan tinggalkn bea..
 sayangku ouh sayang .. bea cinta bangat sama kamu..
so deal la ek.. kita jangan gado2 lagi..
sebab i syg u
sebab u syg i
sebab kita saling merindu..
sebab cinta kita itu..
i syg u..
fahamlah..(dah meroyan balik)
sayang!
bea sedih nie.. wauwauwauwauwa

by - Qaseh Manja

Tuesday 17 January 2012

Aku Ouh Aku

Entah kenape rini aku rindu sangat kat dye . .
Aku sayang dye sangat-2 . .
Semalam dye ade cakap sumthing yang bisa membuat jiwa ku kucar kacir . .
Dye cakap pasal ex aku . . Hurmmm , kenape la dye ungkit semule cite lame tuh . . Aku da bole lupekan ex fiancee aku tuh tapi kenape dye tetibe suh aku bina semule hubungan tu ?

Sayangg . . .
Kau terlalu baik hati . . Aku cakap camni bkn sbb aku suke dgn permintaan kau tu tapi bile aku fikirkan , tak semua kapel mampu terime bile di dua kan . . Dye mintak aku berbaik semule dgn ex aku myb sbb family aku yang tak mahu aku berpisah dgn bekas tunang akuu . . Tapi aku tak sangke yang dye sanggup izinkan aku menduakan dye hanya kerana itu . . Indahnye sifat mu sayang . .

Aku betul-2 terkejut dgn permintaan nye itu :( dan pada mase yang same aku merase sedih sbb aku same sekali tak sanggup menduakan dye . . Aku da beri sepenuh hati aku pada dye dan aku pasti cinta aku hanya untuk dye tapi kenape dye memberi keizinan itu ?? Adakah dye berniat untuk berpisah dengan aku ?? :'((

Sayangggg . . .
Aku nak kau tahu yang dalam hati aku hanya ada kau sorang . . Aku tak sanggup untuk menerima kehilangan kau dari hidup aku . . Ini bukan sekadar kata-2 tapi memang ini yang aku maksudkan . .
Cinta aku pada kau bukan kerana harta , tapi aku cinta pada kau kerana kau adalah kau ~ !! Kau menjaga tingkah laku ku , kau menjadikan aku seorang yang setia , kau ikhlas menolong ku , kau sentiasa ada dsaat aku sedang berduka dan berkongsi kebahagiaan bersama aku . . Sejujurnya aku bahagia dan tak pernah terdetik dhatiku perkataan menyesal mengenali kau . . Kini kau adalah sebahagian dari hidupku . .
Sumpah , aku tak kan sesekali menduakan kau . . Ini janji dan sumpah ku . .

Semalam kau cakap yang kau memahami perasaan ku tentang ex ku dahulu . . Aku rasa kau salah sayang . . Memang benar aku masih mengingati nya namun aku dengan sepenuh hati menidakkan yang aku mencintai nya . . Hanya perasaan sayang saje yang masih tersisa dihati ini . . Ianya mungkin kerana hubungan yang terjalin di antara aku dan dia melebihi 5 tahun . . Tapi itu tak bermaksud aku masih mengingati nya . . Ianya juga tak bermaksud aku mencintainya dan masih memerlukan nya . . Tidakkkkkk !!! Aku sesekali tidak pernah mengharapkan hubungan aku dan dia kembali terbina seperti dahulu kerana aku sudah bahagia memiliki kau sebagai ratu hati ku . . Cukuplah adanya kau dalam hidupku untuk aku menjalani sisa-2 hidupku . . Aku tak perlukan insan lain lagy dalam hidupku . . Hanya kau yang bertakhta di hati ini . . Dan itulah kenyataannya . .

Namun , pada ku kau adalah insan yang suci hatinya , murni tingkah lakunya dan seorang insan yang sanggup kecewa + terluka hanya untuk melihat kekasihnya bahagia . . Hanya kau satu-2nya insan yang aku jumpa di muka bumi ini sanggup menggadaikan kasih sayang nya hanya untuk kebahagiaan kekasih nya . . Kau cukup mulia keQasehku . .

Tapi aku takkan sesekali mengguriskan hati yang mulia itu . . Percayalah , itu janji aku . .

Semalam adalah hari yang membuatkan aku buka mata tentang pengorbanan mu itu . . Aku menjadi semakin takut untuk kehilangan kasih sayang mu itu pabila ku tahu kau teramat menyayangi ku hingga sanggup berkorban sedemikian rupa . . Ilydm sayangg :*



| Erna Lestory |

Friday 13 January 2012

Diary ~ Practical

30 hb January 2012

tarikh aku start parctical :|

sangat cuak and nebes seyh ~ !!

sekian , itu je aku nak bgtau .

| Erna Lestory |

Sunday 8 January 2012

My Sayang

u're my sunshine . . .

i will love you as long as u love me , baby .. my HEART belong to you !! i LOVE you so much ...

but . . .

at the same time , u're my bad dreaming . . .

| Erna Lestory |

Saturday 24 December 2011

Kisah Benar Proton ~ Mantap !!!

As - Salam ~ Erna terbace article yang KKB share ni . So , Erna pun nak join share lah . Heehee :)
artikal yang agak menarik utk dikongsi kepada semua =)
artikal pasal kereta proton . . segala persoalan korang sume terjawab kat sini . .
walaupon ada yang mengkritik kereta buatan tempatan tetapi selepas korang baca , korang akan faham . .
Ok , selamat membace yeah :D
********************************************************************************************
Assalamualaikum,
Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.
“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”
Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.
“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”
Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.
“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”
Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.
Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.
“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”
Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.
Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
o Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”
Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”
Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)
Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.
Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?
Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”
Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0… Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.
Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.
Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah. Sebabnya…
1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.
Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.
Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.
Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.
Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.
Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.
Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.
Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.
Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.
Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.
Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an ?
Terbaek kan ??!! Bangga gila kot ;DD