I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 18 January 2012

Malam yang Sepi

sayang..jangan pergi~
hujan di luar masih renyai, membasahi aspal hitam jalan raya, menerbitkan percikan air setiap kali tayar kenderaan melaluinya.
cinta hati aku masih lagi tetap berdiam diri. cahaya di matanya sudah pudar dan semakin hilang. setiap kali dia menoleh memandangku, panahan matanya kosong tidak seperti selalu. biasanya mata itu akan penuh dengan rasa kasih dan cinta. setiap kali dia merenung, aku jadi semakin yakin cintanya semakin mekar, semekar kasihku padanya.
aku juga turut berdiam. segalanya yang ku fikirkan hanya berlegar-legar di ruang minda yang semakin sempit. lelah kurasakan. dengan keadaan yang semakin mendesak, dengan tekanan dari segenap penjuru, aku takut cinta ini akan tersembam di atas lopak kemarahan dan kebencian.
sakit..
pastinya aku dan dia akan berasa sakit. aku berengsot sedikit ke kanan, mendekatkan tubuhku ke tubuhnya yang masih kaku merenung siling bilik. entah apa yang dia fikirkan.
"hurmm."
dia mengeluh. perkataan pertama yang keluar dari bibirnya sejak 30 minit yang lalu. itu pun kalau ia boleh dianggap sebagai satu perkataan. mungkin hanya keluhan yang dia sendiri tidak sedar akan keluar dari mulutnya.
peliknya, aku turut kelu untuk menuturkan sebarang ayat. masih lagi hati ini bersoal jawab dengan semua kejadian yang telah berlaku. berlawanan pula dengan apa kehendak hati.
aku tak mahu dia pergi. kenapa mesti hatinya terdetik untuk keluar dari hidupku ini?sudah hilangkah rasa cinta di hati? sudah lupakah pada janji yang disemai sejak awal pertemuan dahulu? atau dia kecewa kerana aku yang melanggar janji?
perlukah pada saat-saat sebegini, aku tetap dengan kedegilan untuk memenangkan prinsip sendiri dan menyalahkan keadaan perlukah aku menyalahkan diri sendiri supaya segalanya menjadi mudah. betul ke akan bertambah mudah? atau akan menjadi semakin kusut dek rasa tidak puas hati.
akhirnya..aku sedar sesuatu. tidak kira siapapun yang betul, baik aku atau dia yang salah hanya satu sahaja yang aku tahu. hanya satu yang aku pasti. hanya satu yang tidak ada sesiapa pun dapat menyangkal. yang satu itu adalah aku menyintainya. Erna Erazzat' 

By- Qaseh Manja

No comments:

Post a Comment